bismillah
meh aku nk cite satu mende.cenggini...
::kisah dulu-dulu::
Ade sepasang kekasih yang sedang dilamun cinta.Adepon pasangan kekasih ini adelah lelaki dan perempuan dan bukanla jenis yang songsang hubunganya.Si lelaki adelah seorang yang cool dalam melayari bahtera cinta mereka.Manakala si perempuan tidaklah beberapa cool dan sering kali berfantasi mengenai hubungan mereka.Biasalah,sudah namanya wanita imaginasi jualah yang selalu mengkhayalkan mereka.Si perempuan mempunyai sebuah kereta.Dek kerana cintanya yang teguh dan hangat bak enjin kereta khlalid(bukan nama sebenar) bila enjinya panas,si wanita menampal penuh disekeliling keretanya dengan gamba teman lelakinya itu.Bukan sekadar itu sahaja,habis ayat-ayat cinta dititipkan sekali pada kereta itu.Tidak cukup pada body kereta,nat2 di tayar kereta itu pon habis di hiasnya untuk mengambarkan kesenian dan keghairahan cinta mereka.Adepon menyampah la jiran-jiran rumah sekelilingya melihat teletah si perempuan dan keretanya.Iya laa,org lain pon bercinta juga tapi tiadalah sampai seteruk begini untuk menzahirkanya tambahan pula baru mula bercinta dan berkapel belom lagi sampai ke jinjang pelamin.
Tidak cukup dengan kereta,dirumah wanita tersebut pula kelihatan sebuah bendera besar yang tertera disitu gamba teman lelakinya dibentukkan dengan bentuk "love".Besarnya bendera wanita itu mengalahkan bendera-bendera jiranya yang berbentuk bulan,dacing malah jua roket dan kepala lembu yg sudah kusut masai.Terzahirlah kepenyampahan yang tersangat di hati jiran-jiranya.Bukan kerana cemburu dan jauh sekali jeles walaupun jeles dan cemburu itu sama maksudnye,tetapi menyampah kerana perangai wanita itu yang seperti tidak tahu malu dan tidak mengenal erti kata segan bila memperbesar-besarkan perihal pasanganya.Pon begitu jiran-jiranya tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana tau yang itu adalah menjadi hak wanita tersebut untuk mendecokan apa sahaja hak miliknya.Terus-terus la menyampah jiran-jiranya dek perangai wanita itu yang memang tidak pernah makan nasihat dan degil seperti lembu yang bodoh mengajar beruang kutub berenang..
pandangan anda?
::kisah sekarang::
Mahasiswa wanita yang cerdik pandai belajar disebuah institusi pengajian tinggi.Sama juga mempunyai pasangan kekasihnya yang juga seorang insan bergelar lelaki.Tapi wanita ini memiliki sebuah komputer bukanya sebuah kereta.Biasalah zaman moden komputer lebih berharga dari sebuah kereta.Sebuah kereta tidak boleh membawa anda jauh merentasi sempadan negara,tetapi dengan sebuah komputer anda boleh ke serata dunia.Kembali dengan cerita tadi,dengan komputer yang dimilikinya dan kemahiran menggunakanya,wanita ini memiliki beberapa kepakaran basic yang diperlukan zaman ini seperti berblogging,berchatting menggunakan YM version 9.0 dan lain.seperti biasa untuk menzahirkan cintanya pada kekasih hatinya,habis entri2 di blog beliau menceritakan kerinduanya,kecintaanya,kasih-sayangnya dan berbagai-bagai lagi ketegori entri yang boleh kita tag nye sebagai jiwang.
Tidak cukup dengan itu,status-status ym nya juga jiwang abes dan cukup memualkan bagi mereka-mereka yang melihatnya lebih-lebih lagi bagi mereka yang masih solo dan terlajak seperti aku.haha!
Adepon begitu,tidak dapat berbuat apa-apa la teman-temanya walaupon menyampah dek perangai wanita ini yang seperti dalam dunia ini die sahaja yang dikurniakan nikmat cinta.Rakan-rakanya mengakui yang segala macam kaedah yang digunakan wanita ini untuk menzahirkan cintanya itu adalah haknya tapi nk buat cmne nyampah tetap nyampah!
pandangan anda?
::moral of the story::
memang benar bila berbicara mengenai hak,anda mempunyai kuasa mutlak keatas apa yang telah dihakkan pada anda tapi perlu ingat,dunia ini bukan didiami oleh anda seorang,ramai yang lain melihat,membaca dan memperhatikan anda.Tidak boleh kata yang ini kisah anda dan jangan amek pot ttg diri anda sbb anda bukan duduk kat dalam gua yang tiada org lain memerhatikan.Kalo masih berdegil sy nasihatkan mereka yang mempunyai persamaan dalam cerita ini untuk berpindah ke plenet nameck bersama pikolo.
wallahu a'lam.
p/s:Minggu banyak perkara penting yang sukar difahami.kepada Allah tempat bergantung dan berharap..
Please,pray for us. :)
13 years ago
11 comments:
sy pon maseh solo n terlajak! isk isk isk~ wahahaha
aii,,sebut2 telajak ni..rilek la fakhru,,jom la ikut sy jelajah planet 51!planet nameck tu best ke?? he3 =D
Assalamualaikum Fakhru,
Exaggerate betul ko kalau bercerita. Hehe. Ade ke perempuan camtu? Sampai gantung bendera gambar bf ngan tampal gambar bf kat kerete. Fuh...
Tapi kalau ada pun, kalau untuk iman yang x berapa nak kuat macam aku ni, buat bodoh je la. Kalau iman kuat cam ko ex-amir dua tahun lehla kot nasihat secara hikmah. :D
p/s: Adakah ketiadaan ronaldo di man utd membuatkan man u hilang sentuhan goal? Ngan Malaysia ranking 167 pun menang tipis. :-p
Macam mana season depan utk berlawan ngan man city, chelsea, arenal dan liverpool?
kasi panas sket :-p
lina:hahaha..bukan itu yg sy tekankan la..ahaha..ape da..tkpe..jodoh pertemuan tuh tgn tuhan..usaha..tawakkal..abes!
kak kym:planet 51 planet pe kak?..planet nameck tuh dalam citer dragon ball..bnyak pikolo..binatang warna ijau..x hensem pon..haha
anon..:pengujung setia blog ntah pape neh..haha..Man u lawan mesia die men2..ye la..takkan nk sumbat bnyak2..kang malu la mesia..jaga air muka tuan rumah..haha
posting ni agak menarik.pekata disebarkan seantero mmu..
fakhru, sy faham apa yg awk nk tekankan kt posting awk kali ni~ :)... cumanya istilah terlajak tu agak menggelikan sy... haha... come on... ur not EVEN 24 yet!... muda mudi lgi gitu! :D
p/s:berserah pda Maha Perancang~ :)
Planet 51 tu movie bru blom klua pawagam lg..tula smalam da tgok pikolo tu mmg tak hensem,,kaler2 ijau,,hmm sebenarnye makhluk planet 51 pun kaler hijau gak! tpi mereka hensem,,;)) =X
boss..
aku sayang sangat2 kat ko r...
so,aku ingat nk cat kete aku letak wajah ko boleh???
Nak tanya peranan si lelaki yang dikatakan cool dalam melayari bahtera cinta tu. Cool dia macam terlalu cool sampai buat donno dengan apa yang berlaku. Patut ada elemen saling menasihati. Takkan dia boleh duduk rilek je tengok awek dia mcm tu kan?
p/s: Faham dan setuju ngan point entry ni. Cuma nak off-tangent sikit. :)
pjal:hahahahaha..buat ah..tiap2 aku blanje ko makan..
bbah:erm..yg laki tuh sy x sure..mybe cte nie x realistik..haha..tkpe2..nnti sy karang cte baru..cuma objektif entri nk bgtau yg berpada-pada la bile kite menulis or apa-apa bia kena cara dan tempat walaupon itu hak kita..:)
-fakhru
perghH~betul boss??ni yg btambah2 syg ni...no wonder khalid bahagia je tinggal dgn ko ;p
hahaha
Post a Comment