bismillah


"netnot..netnot..tungkalak kalak..jiung..jiung" (bunyi deringan henset menandakan ada panggilan masuk)

"hello,assalamualaikum..." aku menjawab panggilan talifon

"hello,bang tengah tido ke? "kedengaran suara emakku

"a'ah.." jawabku ringkas.

Lewat tidur malam tadi membuatkan aku endah tak endah untuk menjawab panggilan talifon tersebut walaupun jam sebenarnya sudah menunjukkan jam 10.oo minit pagi.Kerja shift petang pada hari ini membuatkan aku mengunakan sepenuh-penuhnya masa pada pagi itu untuk tidur.Tidurku bukan sebarang tidur, tapi tidur untuk mengumpul tenaga untuk berkerja.haha!

Tepat jam 12 tgh hari aku bangun menyiapkan diri untuk ke kerja walaupun shift hanya bermula tepat jam 3 petang.Aku perlu bertolak awal untuk mengejar train dan memastikan solat zohor terlebih dahulu di KL sentral sebelum masuk shift.

" assalamualaikum mak,nak tanya ayah ade nk dtg puchong tak?..ingat nak mintak hantarkan blazer,ade kawan nk pinjam.Terlupa nk bawak sama semalam" tuturku ketika menghubungi ibuku semula.

"wsalam,tak sure la abang,ayah tak balik lagi tuh takot-takot die penat pulak.." jawab ibuku

"hurm..takpe la,nanti mak inform balik la ye..sbb ingat kalau ayah dtg boleh tuka kereta sekali." balasku kembali

Keretaku masuk bengkel untuk di overhaul.Kata mekanik ditempat tersebut,kereta kalo dah sampai masa memang kene overhaul,dah tua.Alasan mekanik paling kurang telah melepaskan aku untuk rase bersalah atas kerosakkan kereta itu.

"owh..ok,nanti mak cakap ngan ayah..bang,mak tnya nieh.." tutur ibuku pula.

"pe dia? " soalku

" nie,mak ade baca blog abang pasal orang india yang abg jumpa tuh,abang jaga-jaga tau mak risau die tuh baik-baik ngan abang nantikan die rompak ke bunuh ke ape ke.Mana tau die ade jampi-jampi abang pulak nanti.." ibuku menzahirkan kerisauan die.

"hahahaha, tade lah mak..ade plak pikir macam tuh..die ok la..die org baik " jawabku.

"mak baca sampai dating berjam-jam, risau pulak..abang tau jaga diri kan "balas ibuku

"hahaha..adoilaa, jangan risau la..insyallah tade pape" jawabku pula

Kekhuatiran emakku sebentar tadi membuat aku berfikir banyak.Bukan berfikir tentang gopi tapi tentang betapa prihatinya seorang ibu mengenai anak-anaknya.Hal sebegini kecil pon die akan berfikir dengan begitu teliti.Itulah realiti seorang ibu.
Terbukti!kasih sayang seorang ibu memang tiada lawannya tp aku teringat kata-kata speaker ESQ satu ketika dahulu.

"kasih sayang Allah itu melebihi kasih sayang seorang ibu"

Bagi kite sukar bukan untuk mengakuinya dengan perasaan walaupun mulut petah berkata dan tangan bijak menulis perihal ini.Tapi ituhla hakikatnya cuma kita perlu bukan sekadar mengakui tapi juga merasai kasih sayang Allah.

Seperkara lagi yang membuatkan aku terfikir, Mak aku baca blog aku???..omg!!..kepada puan zahariah yang mungkin juga akan membaca tulisan ini.Ketahuilah yang anakmu ini sangat sayang padamu dan anakmu ini tidak jahat..haha! (mak aku selalu kata aku rock!..haha)

moral of the entri.

-korang cari la sendiri atau kongsikan bersama di ruangan komen!

p/s: mak,kalo nk komen..komen la..haha..=p
p/s: cerita gopi akan disambung tak lama lagi.

8 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Sheikh,

klasik tul bunyi henset ko. Aku nak leh. send gune gigi biru. x pun cahaya merah. hehe...

moral of the story yang aku dapat:
-Siap awal pergi kerje. Bagus ar ko 3 jam awal dah gerak. Aku waktu masuk kul 8.30, 8.28 baru tolak dari hostel. haha....
-Sayangilah ibu anda dikala masih ada peluang. huhu teringat kat mak aku. ni nak balik Kedah ni...

wmai said...

parents ku juga snts pantau sume blog anak2.huhu..so kena tapis2 nak tulis ape :P

gopi ni siapa?

naskin said...

salam

haha. baik sgt la anak mak cik ni! nak tahu tak die nih.....bla bla bla [fill in the blank!] haha

p/s: nasib baik mak sy x pandai nk guna internet lg. fuuhhh [lega] :P

.the.bapakss!!. said...

mak kita se geng ah boss.. mak ak pun kerap baca blog ak.. hahah~

Anonymous said...

wah2x..aku pun nk suruh mak aku bukak blog aku laa..hahahaha..:P



~mmmeeeooowww~

izzahmeor said...

salam..

nape mak izzah xbaca pon blog izzah ek??
xpelaa...
xmo pon..
mintak jauh...
:D

Anonymous said...

Kepada mereka2 yang emaknye membaca blog mereka pastikan beberapa perkara tidak ditulis terutamanya perkara2 rahsia seperti cinta dan sebagainya..haha!

kepada mereka2 yang emaknya tidak membaca blog mereka pastikan mak anda terus tidak membaca blog anda!..

-kiriman fakhru

cik bunga said...

hehe.. bagus lah klu mak kita bc blog kita...

mak sy pun pnh bukak blog sy...
siap promote jualkan baju lgi.. hehe..

teruskan menulis sahabat2 ku...

p/s: anak makcik ni baik.. tp dia ni kan.. haih~... hoho..