Ramadhan

bismillah

Ramadhan versi budak sek rendah belom baligh.

Masih teringat lagi ketika umur masih setahun jagung dan hingus masih meleleh.Di paksa dan terpaksa berpuasa kerana mak dan ayah memaksa.Di tambah pula dengan umpanan satu ringgit sehari jika berpuasa penuh membuatkan aku mampu menahan puasa.Tapi sekadar berpuasa olok-olok petangnya naik pokok.Dahulu di hadapan rumah aku ada sebatang pokok jambu air.Memang sedap dengan warna jambu airnya yang merah, rasanya yang manis pasti confirm membuatkan budak hingusan seperti aku ketika itu tergoncang imanya.Dalam diam ketika semua adik beradikku menonoton tv,pada petang itu aku panjat pokok jambu air dan terus menjamah beberapa bijik jambu dengan lahap dan di iringi doa makan sedangkan ketika itu hanya tinggal kurang sejam sahaja lagi waktu berbuka puasa.
Ini pengalaman aku berpuasa ketika kecil.Duit upah berpuasa 30 ringgit tetap dapat kerana meyangka aku genap sebulan berpuasa padahal.....

Ramadhan versi budak sek men yang agak matang

Pengalaman berpuasa di sek mmg satu perkara yang tak dapat dilupakan.Kali ini berpuasa tidak lagi kerana dipaksa oleh ibu dan bapa atau guru-guru.Tetapi ade sedikit kesedaran dan persekitaran yang soleh di sekolah dahulu juga memainkan peranan.Teringat satu peristiwa ketika menjadi student mahad di sekolah itu,menjadi satu kebiasaan bagi budak lelaki untuk bermain mercun.Mercun dan budak lelaki tidak dapat dipisahkan umpama baju ketat dan rambut perang.Menjadi satu kesalahan bermain mercun di sekolah lebih-lebih lagi bagi student mahad tahfiz yang dipandang hebat dan suci.

Otak jahat mula berputar memikirkan bagaimana untuk meletupkan mercun bola yang kuat bunyinya tanpa sesiapa pon sedar si pembakarnya.Master mind oleh sahabatku ridhwan mahmod a.k.a towkey mencadangkan agar mercun tersebut dibakar ketika semua student sedang bertarawikh.Masalah pula timbul bagaimana kami mahu skip tarawikh sedangkan ada antara kami yang kene jadi bilal dan iman.Sekali lagi idea bernas dan diluar kemampuan manusia berfikir dihasilkan.Mercun bola tadi di gamkan bersama ubat nyamuk yang telah dipendekkan.

Secara teorinya,bila mana ubat nyamuk itu semakin terbakar dan menghampiri sumbu mercun bola tadi akan terhasil la bunyi yang mengagaumkan.
Setelah semua rekacipta sudah terhasil,para perangcang menanti bunyi mercun tersebut.Pastinya terawikh kami pada hari itu tidak khusyu' kerana menantikan bunyi mercun.Hasilnya,alhamdulillah..misi berjaya,bunyi yang terhasil cukup kuat sehingga membawa muallimah ummi untuk mencari siapa pembakarnya.Namun sehingga kini rahsia itu masih tersimpan kecuali kalau muallimah membaca blog ana ini.Maafkan kami muallimah.

Ramadhan versi budak university.

Berpuasa sebagai seorang student memberikan pengalaman yang agak berbeza.Kalau sebelum ini bersahur ketika waktu subuh hanya tinggal 30 minit lagi untuk tiba tetapi ketika ini seawal jam 4 pagi sudah bergerak ke maley di dengkil.Ketika student ini juga malam-malam ramadhan hidup dengan burung-burng hantu jadian yang tidak tidur takot-takot terlepas sahur.Berbuka di masjid bagi mengurangkan budget harian dan sekali sekala berjalan ke bazar putrajaya untuk membeli juadah berbuka.Ketika zaman ini kurang rasenya bermain mercun bahkan mengutuk lagi sesiapa yang membuat bising bermain mercun di hostel.
Kesian bagi yang kuat melatah,abas semua carutan terkeluar bila bunyi kuat terhasil secara tiba-tiba dari mercun itu.Tak fasal-fasal kurang pahala puasa.Bila berpuasa di zaman university ini,sudah mampu untuk menilai kekuatan diri sendiri.Tiada lagi paksaan untuk berpuasa seperti zaman sekolah rendah dan tiada lagi paksaan bertarawikh seperti zaman sekolah menengah.Segalanya terpulang pada kekuatan iman.

Moral of the entry.

Satu perkara yang sepatutnya menjadi titik perubahan bagi manusia ialah bilamana umur sudah semakin meningkat maka akal pemikiran juga harus sejajar dengan itu.Pemikiran bagi budak university sepatutnya sudah lebih maju menjangkau pemikiran budak hingusan sekolah rendah.Ketika ini kalau aku masih lagi memanjat pokok jambu air mencuri-curi buka puasa dan mengharapkan upah berpuasa akan kelihatan sangat cetek dan dogol sekali pemikiran itu.
Jika sekirangya diberitahu kepada budak tadika yang membuka aurat itu haram dan tidak langsung menghormati bulan ramadhan mungkin budak tadika itu buat bodo dan tak amek pot.Tapi kalau telah diberitahu kepada budak university yang pakaian sendat bagai baju budak darjah enam itu tidak sepatutnya dipakai pada bulan ramadhan dan berpacaran berpegang tangan antara bukan muhrim itu haram walaupon untuk ke tarawikh,sepatutnya pemikiran kita ketika itu sudah dapat memikirkan dgn waras tentang adanya nanti neraka dan azab yang menanti untuk membalasnya.Jangan pula pemikiran kita seperti budak tadika yang buat taktau dan terus tersengih .Itu sengal namanya.
semoga ramadhan kali ini memberi bnyak manfaat bagi kita

wallahu a'alam.
Ramadhan kareem!

8 comments:

fAizAL(^^,)izWaN said...

patut r perut boroi...
ada jambu haram kat dalam tu!!!hahhaha ;p

arie kama said...

ok la tu razak jambu air.. buat2 cempedak ke kat depan umah, kan susah nak kopek.. ;p

Salam Ramadhan.

adam said...

Salam ya akhi,

Entry yang simple tapi banyak yg tersirat. Aku rasa ramai yang kena head-shot kalau bace entry ko ni. Mendalam teguran tu. hehe.

Kalau ko bagi tazkirah time lepas terawikh 4 rakaat kat MMU mesti best. Ni ko sound sket kat ko nyer apprentice tu aka presiden baru Usrah. Selalu sangat mengelat bagi tazkirah. Ade ke patut die buli Helmi suruh Helmi gantikan dia. (haha Khair jgn marah aku report kat fakhru)

Mane versi kedua untuk entry "Hari ini dan Esok" ?

teringat tazkirah dr ustaz fauzi haritu, orang kita sekarang terlalu mengagungkan barat. Apa yang barat buat itu betul, updated, hebat. Mungkin inila salah satu faktor orang kita jadi macam sekarang ni. Mentaliti yang menyimpang ke sisi.

p/s: Man U menang nasib ngan Arsenal. Dah nampak dah kesan ketiadaan Ronaldo ngan Tevez. Man U buntu di bahagian penamat. Kasi panas sket.

Anonymous said...

pjal: boroi ni tndanya bahgia...kan dh bgtau dlu..haha

arie:kalo ade cempedak pon aku x curi2 makan laa.Gile x profesional makan cempedak lama kot amek masa..baik aku beli cempedak goreng makcik maimun..ko pose tak arie?..haha

khairi a.k.a adam:Patutla khair ye ye suruh aku dtg mmu arituh,mesti nk suh ganti die..hampeh btol.btw, man u menang.menang tetap menag..3 point tuh yg penting ye sahabatku..haha

-razak a.k.a fakhru

-adibah- said...

haha..kurang asam betul pjal!

mantap la post ni. nk bagi 5 bintang. hahaha :D

hanismi said...

haha aru...aku dr hari pertama dok ingat bom masa tuh..yg tak tahan mase tgh solat sume pasukan alqassam berombak menahan gelak...hadoihh

jom bukak pose kat skolah..lalalal~

Anonymous said...

you go fakhru wee~

shu said...

boleh pulak dah letup mercun tu sebut alhamdulillah. haha mesti sblm buat nakal tu sebut bismillah kan.. ?? ;))