Kata magisku hanya padamu.

"zack, jom kita keluar malam ni" ajak farah padaku.

"nak kemana?"soalku spontan

"Erm, i nak minta u temankan i la. I stress ni, u temankan i jalan-jalan, lepas tu kita boleh pergi tengok wayang. plsss? u kan carring" jelas farah sambil merayu manja.

Aku terfikir ini peluang aku. Mungkin doa aku selama ini dimakbulkan tuhan.Ya, sebelum ini aku bersungguh memohon pada tuhan supaya dikurniakan aku peneman hidup.Biar tidak cantik asal ia seorang wanita yang boleh menjadi penghibur di saat aku lara dan sentiasa di sisi di saat aku memerlukanya.

Wanita secantik farah bukan sebarang wanita.Perwatakanya menarik, fizikalnya cantik lantas menjadi aset yang cukup berharga untuk dimiliki oleh setiap mahasiswa ditambah pula farah merupakan satu-satunya pelajar wanita fakulti perubatan yang seringkali mendapat pujian pensyarah di atas kerajinan dan keputusan yang diperolehinya.Siapa tidak kenal dengan Dr khalid, wajahnya sahaja sudah cukup menakutkan. Siapa yang bersembang ketika kelas sedang berlangsung pasti dihalaunya. Disiplinya cukup tinggi, beliau tidak akan memuji pelajarnya kecuali jika ia benar-benar layak untuk di puji!

Nah, apa lagi alasan munasabah yang aku perlukan untuk menolak ajakan farah? ini benar-benar peluang untuk ku. Kata orang rezeki jangan di tolak musuh jangan dicari. Sudah pasti ini merupakan satu rezeki yang cukup besar untuk aku.Betul, ini bukan langkahku untuk menuju ke alam rumahtangga, aku masih terlalu muda untuk memikirkan tentang itu. biarlah aku menimba pengalaman bercinta bersama farah dahulu. Sekurang-kurang bila sudah berumah tangga nanti aku tidak lah kekok untuk bersama si siteri. Itu cerita lain dan pada lain waktu perlu untuk aku fikirkan.

Sekarang aku perlu menjawab pelawaan farah dengan segera. Peluang tidak datang selalu apetah bergolek seperti ini. Aku percaya farah bukan jenis perempuan liar yang kerap mengajak lelaki keluar tapi mungkin kali ini dia benar –benar perlukan seorang teman untuk meluah rasa.

Sungguh, tak dapat ku bayangkan aku bersama si dia di bawah pepohon yang disinari cahaya lampu. Hanya kami berdua disitu. Berpegang tangan, erat, sungguh erat ku genggam tanganya. Aku tak mahu ada org lain yang merampas tangan itu dariku. Pertama kali ku sentuh kulitnya, terasa dingin seperti dinginya cinta kami yang baru berputik.

Dia juga mengengam erat tanganku seperti membalasi perasaanku padanya. Sambil berjalan kami bermesra-mesraan,mengimbau kenangan lampau ketika kecil.berkongsi pahit dan manis kenangan sepanjang kehidupan.Ya, kami seperti baru berjumpa dan terus bercinta. terlalu banyak yang perlu untuk berkongsi bersama.

Di penghujung jalan,ada sebuah taman yang cukup indah. Pancutan air yang cukup cantik di hiasi lampu-lampu yang berwarna warni. Sesekali melihat pancutan air itu ianya seperti permata-permata yang bersinar cantik turun ke bumi. Inggin rasanya ku petik bukan satu tapi semua permata itu untuk ku hadiahkan padamu. Kini aku percaya kata mereka bercinta itu cukup indah. Cinta itu membutakan kita. Dunia ini kelihatan hanya untuk kita sahaja.

Malam juga seperti memahami perasaan kita. Kita duduk di kerusi taman,sesekali kepalamu di sandarkan pada dadaku dan sesekali aku mengucup ubun kepalamu yang kemas dilitupi tudungmu. Ketika ini aku merasakan yang tuhan benar-benar telah menciptakan kau khas untuk ku.

"sayang, i cinta pada u"

Saat perkataan itu keluar dari mulutmu, aku sudah tidak nampak apa fungsi manusia, aku sudah tidak nampak harga dan mataku sudah buta pada dunia dan seisinya,

Sepanjang hidupku, itulah perkataan yang aku dambakan dari seorang wanita dan engkau telah menuturkanya malam ini. apa lagi yang perlu aku pinta jika ini yang ku damba selama hidup ini.

Ya allah, aku pohon kepadamu seperti aku pohon supaya kau kurniakan dia untukku, janganlah kiranya engkau jauhkan dia dariku. aku benar-benar telah jatuh cinta pada ciptaanmu ini.

"zack..zack..." farah menepuk-nepuk pipiku.

"eh..ye ..ye.." panggilan farah itu menghentikan lamunan indahku.

"macam mana, boleh ye temankan i? i dah siap cantik-cantik ni" soal farah kembali.

aku tersenyum...

"ini masanya, allah benar-benar telah membantu kali ini" biacara ku sendiri dalam hati.

" maaf farah, saya tak mahu isteri saya kecewa kalau saya keluar dengan farah" tolakku lembut atas ajakan farah

"isteri? bila u berkahwin?" kelihatan farah sedikit terkejut dengan alasan aku

"bukan isteri tetapi bakal isteri.." balasku ringkas dengan senyuman

"Saya tidak mahu kelak bila saya sudah beristeri, cinta saya sudah tidak suci. saya takut bila saya keluar berdua-duaan dengan farah makhluk ketiga iaitu syaitan akan menghasut dan menggoda saya dan seterusnya kita akan di humban ke lembah yang hina. Ya, saya memerlukan seorang teman hidup tapi biarlah teman hidup sy kelak juga yang tidak pernah dinoda cintanya. Biarlah cinta kami suci dan cantik khas untuk yg halal untuk kami" jelasku panjang lebar

"Farah, di saat kita kesepian pulanglah pada pangkuan tuhan. mungkin sengaja dicipta kesedihan dan kesepian itu bukan untuk mendera batin tetapi untuk kembali ingat dan kasih pada pencipta.Syukurlah allah masih beri kita perasaan sedih takut dan kecewa untuk memberi kita ruang dan peluang mengadu padanya. Allah sebaik-baik tempat menggadu dan peneman di saat duka dan gembira" bicaraku lagi memberi sedikit peringatan

"terima kasih zack, beruntung siapa yang dapat memiliki cinta u" balas farah lembut. tampak bersinar matanya dengan genanggan air mata.

"sama-sama farah, u pon belum terlambat untuk menjadi orang yang beruntung. Ingat, jangan bicara soal cinta pada manusia selagi cinta pada pencipta bukan di atasnya" balasku kembali

Subahanallah, cinta itu sungguh indah diciptakan sang pencipta untuk hambanya. Namun keindahan itu hanya dapat di hayati pada yang memahaminya. Sampai saat ini aku bersumpah tidak akan sesekali melafazkan kata magis itu sebelum tiba masanya dan aku juga tidak mahu menerimanya dari yang bukan orangnya. Cukuplah buat seketika magis itu hanya untuk sang pencipta dan agama. Insyallah, Allah akan memberikan peluang kalau tidak didunia di syurga untuk aku melafazkanya. Teringat kembali lamunan indahku sebentar tadi, mudah-mudahan dapat di paraktiskan pada isteri tercinta.

"i love u ALLAH" Teriakku di hati. jauh sedalam-dalamnya. biar ia terus kekal dan bergema selamanya disitu.


aku juga mampu?

Bismillah.

Salam ke atas semua pembaca. Semoga rahmat dan kasih sayang allah terus ke atas kita.

Sedar tidak sedar dunia semakin tua, masa makin pantas berlalu. Rambut yang dahulunya hitam sudah kelihatan sedikit keputihan. Kuderat yang dahulunya gagah sudah semakin lemah. Wajah yang dahulunya jambu sudah menjadi layu. Ini semua bukti kepesatan masa yang tidak mampu sesiapapun mengawalnya.

Dalam keadaan sebegini kita sebenarnya memerlukan satu dahan untuk berpaut.Berpaut dari terus dihanyutkan arus dunia yang entah membawa kita kea rah mana. Kita perlukan dahan sebegitu teguh dan kuat kerana bukan hanya kita sahaja yang mahu memautnya tetapi juga ayah, ibu, rakan, teman dan semua mereka yang tidak mahu terus tenggelam oleh tsunami masa gila.Usah terus dipermainkan oleh dunia tetapi kita lah yang harus mempermainkanya. Kata ustaz di masjid kelmarin, hanya kalau benar kita faham apa makna dunia, maka tiada langsung niat mengejar kemewahan yang menggila ini akan terlintas. Tidak terfikir nanti mahu memiliki kereta mewah skyline atau lancer. Tidak terfikir mahu memilik i-phone dan tidak berminat mengejar chikaro cantik berdahi lincin dan berdagu runcing. Ini semua permainan dunia.

Heyh, siapa kata tidak mahu bercinta?..siapa kata tidak cemburu dan jeles melihat kalian berpegang tangan dan berpesta. Itu belum masuk bercumbu cendana di bawah pohon mangga. Cemburu dan jeles. Aku juga punya nafsu, aku juga punya cinta.Ada kamu orang percaya?

Aku ada henset yang cukup kreditnya untuk sms setiap masa. Aku punya cukup wang mahu keluar berdating dan menonton wayang juga. Walaupun henset aku murah dan bukan i-phone tapi aku mampu untuk bergayut berjam-jam bersama yang tercinta. Ya aku mampu melakukanya seperti apa yang kau lakukan bersama si dia!

Cuma aku tak mampu untuk menghina agama. Agamaku cantik, bersih , lengkap dan indah. Tuhan aku dan rasul ku tidak pernah sesekali mengizinkan perhubungan anatara bukan mahram sebelum akad terlaksana. Cuma itu sahaja beza upaya kita. Ini sahaja yang aku tidak mampu melawannya tetapi kau yang terlalu berani membuat langkahan sedemikian rupa. Cuma, aku berjanji dan bersumpah andai sudah terlaksana akad yang penuh makna suatu hari nanti, wanita itu akan menjadi permaisuri paling berharga kerana cintaku tidak pernah ternoda. Pada tuhan tempat ku berpaut dan berdoa, semoga terus melindungiku dari tsunami dunia yang menggila. Semoga aku kau dan mereka terus berpaut pada dahan yang sama.

Wallahu a’lam.

-Di petik dari ucapan si pari terluka


Pilihan





Kalau diberi pilihan untuk beli i-pad dan kahwin. Aku pilih kahwin . =p

keputusanku?

Bismillah

“Eh, tak balik lagi ke? “ Tegur rakan sekerja

“Sekejap lagi, ade kerja sedikit lagi” Balas aku selamba

“Oooo lupa, org x de bini patutlah balik lambat.hehe” Katanya pula

“Heeee” Senyumku lebar dan manis

Selepas 5-10 minit , aku siap-siap untuk keluar untuk pulang ke rumah.Sebelum keluar dari pintu pagar, perlu di punch card dahulu. Ketika berhenti di pondok jaga untuk punch guard di tegur pula oleh pakcik jaga. Aku yang sememangnya jenis mesra alam melayan sahaja teguran itu.

“Balik mana hari nih fakhru? “ Soal pakcik jaga

“Balik rumah sewa pakcik, nak balik rumah org tua jauh pula ke klang tuh”Balasku menjawab soalan

“Org rumahnya kerja apa fakhru?” soal pakcik jaga lagi

“Eh, sy menyewa di rumah bujang pakcik.Belum kahwin lagi” jawabku kembali

“Laa,iyeker..bujang ..dah ade orangnya belum? “ Pakcik jaga terus menyoal

“erm..insyallah..doa2 kan ye pakcik” aku menjawab dgn jawapan yang selamat.

Selepas itu aku terus menekan pedal minyak menuju ke rumah sewa.Badan sudah terasa penat.aku perlu cepat sampai dan berehat segera.

Malam itu ketika menonton berita tv 3 yang mengampu dan menipu, aku berfikir....fikir punya fikir..punya fikir...punya fikir..aku pon buat satu keputusan yang muktamad.Ye aku perlu berterus terang dengan diriku yang sebenarnya aku sudah cukup ........mengantuk.aku perlu tidur.

Bai bai

p/s: ngaaaaaaaa


aku dan kawan

Salam

Tempoh hari aku bersama 2 lagi kawan ke teluk segadas, pulau pangkor. Sudah terlalu lama aku tak ke sana. Kali terakhir ke sana ketika usia 12 tahun, darjah 6.Tempatnya tidak banyak berubah,pantainya masih jernih,keadaan sekelilingnya masih kelihatan “dara” tanpa banyak pencemaran dari manusia. Cuma yang bezanya adalah aku. Kalau dahulu hadir bersama rombongan sekolah,kini hadir bersama kawan. Kalau dahulu hadir terpaksa mengikut aktiviti yang telah ditetapkan oleh guru, kini membuat aktiviti sendiri.

Malam itu,kami lepak di luar khemah.Berbbq bersama dan menghidupkan unggun api. Cukup seronok ditemankan derauan ombak asli yang membawa bersama angin bayu laut. Cukup tenang,cukup hebat ciptaan tuhan. Kami bersembang bersama,bergossip dan mengupdate beberapa perkara yang hanya budak perempuan sahaja lakukan sebelum ini. Ah, suasana merubah jati diri mungkin? Teringat rakan-rakan wanita MMU yang suka bergossip. Apa khabar anda? =p

Bagaimana seronok pun suasana itu kami perlu kembali ke kota. Kota keriangan atau kota dosa? Telinga akan kembali didesak dengan bunyi “hon” kereta, mata akan dipaksa melihat kesibukkan warga dunia mengajar hidup. Ada antara kita sibuk mengejar duit dan kekayaan yang ditaburkan oleh si dunia. Aku juga tidak terkecuali. Kadang-kadang terasa mahu hidup jauh dari kota,biar tinggal di hutan.Biar tidak kenal apa itu internet,tidak tahu membawa kereta, tidak terasa nikmat soul garden atau stimboat, biar di kata katak bawah tumpurung. Asal aku tidak terpengaruh terlalu mengejar nikmat dunia yang tidak kemana.

Namun sudah terlewat, aku sudah pun merasa nikmat membawa kereta sehingga membuat aku turut serta mengejar kereta lain yang lebih gah dan hebat gayanya. Aku juga sudah merasa nikmat duit sehingga mempengaruhi aku untuk terus mengejar menjadi manusia kaya. Aku juga merasa nikmat makan di soulgarden dan stimboat sehingga membuat aku menanam niat untuk kembali merasainya. Ini baru sedikit, banyak lagi yang aku,kau dan kita terus mengejar semua nikmat dunia ini.Senyum sahaja asal tahu dimana asal dan kemana kita akhirnya. Cari sahaja isi dunia sehingga ke penghujungnya asal kita tahu dimana mahu meletakkanya kelak.

Kalau semalam masih mendengar derauan ombak bersama teman,hari ini sudah kembali ke kota berkerja mencari duit. Kalau semalam ke teluk segadas bersama teman , esok lusa mungkin ke sana bersama “teman istimewa” ?..mahu honeymoon disana tak? Sy tau menguruskanya. =p

p/s: ...........


barang lama

Bismillah

Salam,semoga kita terus berada di bawah lembayung rahmat dan kasih sayang Allah.

Semalam selepas bosan melepak di rumah, aku bukak tv 1. Berita dunia jam 11. Aku rasa pembaca berita dia tak pernah bertukar semenjak aku kecik.Aku jadi boring dan tak tertarik lantas aku bukak tv3.Tv1 hilang satu penonton disebabkan aku.

Sebelum semalam, berbincang dengan seorang teman. Dia soal aku tanya apa beza berita tv 1 dan tv 3? Dia kata pembaca tv 3 semua muda-muda,comel-comel dan menggoda. Tv 1 pula masih lagi mengekalkan pembaca berita yang “otai” dan tidak bergetah meskipon ade beberapa perubahan memasukkan pembaca berita yang baru . Kalau perasan, pembaca berita tv3 kalau dah tua2 mesti dia taruk belakang tabir. Yang duduk depan tv duk ngadap kita tuh semua yang muda-muda. Kenapa?

Barang yang lama mmg menyimpan satu nilai sentimental yang tiada tolok bandingnya. Tapi kadang-kadang ianya perlu ditukar untuk memberi nafas baru kepada environment .Tapi jgn pula sesapa yang dh kawen dan merasa isteri dia sudah tua perlu untuk mengantikannya kerana anda juga sudah tua. Kalau mahu ganti isteri muda, anda juga perlu menjadi muda.muda secara hakiki ye bukan “terasa muda” kerana itu boleh diperolehi dengan jamu dan tongkat ali .

Tapi kadang-kadang ada jenis manusia yang tanak tukar barangan lama milik mereka dengan alas an barangan baru itu tidak bagus dan tak dpt memenuhi kehendaknya. Katanya lagi, barangan lama ini bagus, tahan lama dan sudah banyak berbakti padanya. Sehinggakan kalau barangan lama ini meragam dan rosak,dia tetap akan membaikinya walaupun sampai beratus ringgit dan berkali-kali membuat hal.Bagi aku, kalau belum pernah mencuba barangan baru jgn pula kita pertikaikan kebolehan barangan itu. Kan?

Setelah aku pikir2, aku rasa kita jgn buang benda yang lama ini.Sebab apa? Sebab nya ialah ,pertamanya kita juga akan tua suatu hari nanti dan kita juga akan merasai bila kita tua kita makin kurang dihargai.keduanya, benda-benda lama ini ada gunaya juga,paling tidak pun gunakan sebagai barang perhiasan sbg barangan antik. Percaya?

Aku rasa teori aku ini yang digunakan oleh revolusi dunia arab masa kini. Tunisia,mesir,libra,Bahrain,dan yaman sedang mula menggantikan “barang” lama di Negara mereka. Negara aku ada “barangan” lama tak? Ops!

Wallahua’lam


Merapu 1

Bismillah

Salam. Semoga rahmat dan kasih sayang allah terus ke atas kita.

“kau bila nak kahwin? “

“kawan-kawan engkau semua dah beranak pinak”

“dah ada calon belom?”

“Jangan tunggu lama-lama, nanti dikebas orang”

Ini antara soalan-soalan cerdik pandai dari kawan-kawan yang sengaja mengusik atau memang serius bertanya. Aku yakin bukan aku seorang yang dapat soalan macam ini.Jadi macam mana nk jawab soalan ini? Ade tips?..tunggu jawapan korang lambat sangat. Meh aku tolong bagi idea mcm mana nk jawab.

Mula-mula, korang senyum.pastu korang ckp jelas2..AKU DAH KAHWEN!

Bai bai


kenapa

bismillah

salam,
semoga rahmat dan kasih sayang allah terus bersama kita. semoga segala dosa silam dan akan dtg diberi keampunan oleh allah. Semoga terus-terusan hidup kita diberi petunjuk dari allah. amin

Dalam masa blog ini sepi dan hampir ditutup (dah tutup dah pon), aku terpikir tentang kenapa aku mula menulis blog dahulu?kalau benar tujuan asal aku menulis adalah untuk berkongsi ilmu dan pandangan melalui penulisan maka tidak sepatutnya blog ini ditutup biarpun hanya sekadar minoriti yang membacanya. Kalau benar niat asal untuk memberi manfaat kepada umum maka tidak seharusnya blog ini sekadar tinggal bersarang. Jadi kalau ianya sudah ditutup pasti niat aku tidak selari dengan apa yang aku nyatakan. ayuh kembali memperbaharui niat dan moga ia dpt memberatkan timbangan di akhir nya nanti.Harapnya rakan2 yang lain begitu juga.

Ramai yang berpendapat zaman sekarang begitu mudah untuk perolehi dosa.Lihat sahaja sumber-sumber yang ada, internet, akhbar, facebook, blog.Semuanya kalau salah digunakan terlalu mudah dosa akan terhimpun. Gambar-gambar yang di upload di fesbuk, berita-berita fitnah yang disebarkan walaupun hanya sekadar "repost" dari post yang asal, ini semua boleh menjadi timbunan-timbunan dosa yang saban hari akan memuncak.
Namun begitu, sumber-sumber ini juga mampu menjadi lubuk pahala bagi kita kalau benar dan bijak memanfaatkanya. Bagi aku sebenarnya setiap sesuatu itu pasti ada kebaikkanya kalau kita pandai berfikir secara rasional dan positif.

Oleh kerana itu, aku merasakan yang aku perlu kembali aktif menulis dan menyampaikan perkara-perkara yang aku fikirkan bermanfaat bagi diri aku dan korang dengan harapan ianya menjadi lubuk pahala bagi aku yang banyak dosa ini. Di sini segala pandangan aku akan dinukilkan dan anda bebas untuk mengkritik asalkan ianya atas dasar mencari kebenaran dan diselubungi dengan semangat ukhuwah yang tinggi.

Tumbuk dada tanya hati, KENAPA aku menulis blog? sudah dapat jawapan then decide samada perlu tutup atau tidak blog anda kerana semuanya akan di nilai di akhir zaman.

wallahu a'lam.