"aku benci ...."

bismillah..

berita ini sedikit sebanyak memberi impak pada diriku.:)



7 tahun dalam ISA, Shahrial sedih menatap wajah anak yang sudah tidak bernyawa
Roy Rasul | Foto Nasir Sudin
Fri | Jul 04, 08 | 12:05:43 pm MYT

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Hrkh) - Ketibaan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Shahrial Sirin, untuk menatap jenazah anak sulungnya, Aina Mardiah, 17, yang di tempatkan di rumah jirannya, Mohd Nawawi di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor disambut dengan penuh hiba dan genangan air mata kaum keluarga dan hadirin.

ImageShahrial yang tiba kira-kira jam 9.40 malam dibawa dengan sebuah van dengan nombor pendaftaran WQV 4491 diiringi lebih kurang sepuluh anggota polis. Setibanya di pekarangan rumah tersebut beliau terus didakap anak keduanya, Ehsan Shahrial, 16 dan beberapa sahabat handai.

Dengan genangan air mata beliau terus mendukung anak bongsunya, Arfah Sharial, 9 yang kebetulan turut menyambutnya di situ untuk memasuki dalam rumah menatap janazah anaknya.

Beliau duduk di sisi isterinya, Siti Fatma Masirun, 38, dan terus menatap wajah anaknya yang terbaring kaku di situ.

ImageBeliau mengucup dahi anaknya itu sepuas-puasnya seolah-olah enggan menerima perpisahan akibat 7 tahun keluarga ini dipisahkan oleh tempoh kem tahanan secara zalim.

Kemudian beliau memanggil keempat-empat anaknya, Ehsan, 16, Abdullah Masul, 14, Izzatul Zahrah, 12 dan Arfah, 9 duduk bersamanya untuk menyedekah doa buat arwah anaknya.

Hening malam ketika itu yang dipenunh dengan bacaan surah yassin terhenti seketika.

Air mata pilu hadirin termasuk sanak saudara tidak dapat ditahan lagi. Malah rakan-rakan sekolah arwah yang menunggu sebelum Maghrib lagi turut tidak dapat menahan kesedihan.

ImageSementara itu, pihak polis yang mengawalnya hanya membenarkan Shahrial berada di sisi anaknya hanya satu jam.

Shahrial yang dibawa dari Kem Tahanan Kamunting, Taiping pada jam lima petang semalam tidak dapat menatap melihat anaknya sewaktu beliau sedang kritikal di Hospital Kajang semalam.

Ini kerana, anaknya menghembus nafas terakhir pada jam kira-kira 6.10 petang semalam. Anaknya dihantar ke hospital pada petang Rabu, 2 Jun apabila pengsan akibat terjatuh di rumahnya.

Selepas jatuh beliau terus koma dan di beri bantuan dengan mesin jangka hayat kerana mengalami darah beku dalam kepala.

Pada malam tersebut juga, keluarganya meminta kebenaran pihak berkuasa untuk membenarkan Shahrial menziarahnya.

Dengan itu sejak pukul lima petang kaum keluarga menunggu kedatangan Shahrial kerana mereka difahamkan Shahrial akan sampai di hospital antara pukul lima hingga enam petang.

Bagaimanapun penantian mereka ternyata hampa kerana anaknya meninggal sebelum Shahrial tiba.

Dalam pada itu, jenazah arwah di bawa ke rumah jirannya selepas Magrib.

Jenazah arwah diletakkan di rumah jirannya kerana rumahnya yang terletak bersebelahan terlalu uzur.

Pada hari ini pula, beliau dibenarkan melawat anaknya semasa di majlis pengkembumiannya di tanah perkuburan Islam kampung tersebut.

Di majlis tersebut juga beliau difahamkan hanya satu jam juga.

Dalam pada itu, Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh dan beberapa aktivis GMI turut berada di situ.

Turut sama berada di situ ialah Yang Dipertua PAS Cheras, Zulkifli Ahmad dan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman serta isteri beliau.

Orang ramai pada malam tadi tidak putus-putus melawat arwah bahkan beberapa guru orang sekolahnya turut menziarahnya.

Kepada pembaca yang sedia membantu keluarga Almarhumah Aina Mardiah dan keluarga mangsa ISA yang lain, silakan hantar sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336.





"Aku doakan segala yang baik bagi yg teraniaya dan yang menganiaya,kelak kowang pepandai jawab kat tuhan..anda telah melakukan satu kezaliman yang dasyat dan ketahuilah yg ALLAH itu maha zalim sifatnya"..

wallahu a'lam

7 comments:

Anonymous said...

salam... betul2... berita tu mmng membuat hati sy sakit dn geram... jarang sy tersentuh (sedeyh) membc berita.... :(

Mohd Fakhrurazi Mohd Yusuff said...

shuhu:nangis ke??ehehe

Anonymous said...

sedih2.. macam kes westmoreland dalam prison break :(

may Truth prevails! orang zalim takkan kekal selamanya kat atas..

Mohd Fakhrurazi Mohd Yusuff said...

zmk:sama kite doa smoga mesia segera bebas dari kezaliman makhluk2 ciptaan tuhan yg tak padai nk sedar diri nieh..:)-

Anonymous said...

salam alayk,

turut berkongsi hiba & duka dgn mereka yg dizalimi.

p/s>>cuma ada nk betulkan sket,ZALIM bkn sifat dan maha suci Allah drpd sifat zalim.krn zalim itu ertinya; meletakkan sesuatu bkn pd tempatnya. Yg eloknya ialah guna sifat 'al-Muntaqim' iaitu Maha Membalas Kejahatan.

Mohd Fakhrurazi Mohd Yusuff said...

salman:owh..muntaqim eh..hehe..ok2..kene dgr ckp org mesir ..ilmu die lebih tggi..tq2..

Musafir said...

hehe..tul2. serahkan pada ahlinya yek. cite baru ttg debat anwar ada tgk? aku tgk online je. mantap!!!